Dec 16, 2009

TakafulLink

Glitter Words

KONSEP TAKAFUL

Takaful ialah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama & saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap perserta menyumbang berasaskan Tabarru' (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa diperlukan.


DAPATKAN FLEKSIBILITI UNTUK MENGURUSKAN KEPERLUAN ANDA YANG SENTIASA BERUBAH!

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Jesteru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.

Pelan Takafulink Prudential BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Ia dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hidup anda sepenuhnya. Dengan mematuhi nilai-nilai yang menjadi pegangan anda, ia juga membolehkan anda mengawal gaya hidup anda.


BAGAIMANA PELAN TAKAFULINK BERTINDAK UNTUK SAYA?

Untuk Perlindungan Anda
Kami akan membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai untuk anda dengan menjelaskan semua elemen Pelan Takafulink kepada anda.


Manfaat Asas
Kematian : Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta (PUA)* dan Akaun Khas Individu (ISA)** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.

*PUA = akaun unit-unit yang diperuntukkan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar.
**ISA = akaun sumbangan manfaat tambahan yang dibayar.


Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK)
Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai ISA akan kekal dalam akaun anda.



Glitter Words

Accidental Death and Disablement, Accidental Medical Reimbursement:
Memberi manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anda

Medical Cover:
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukan Hospital, bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.

Major Medical Cover:
Memberikan perlindungan perubatan bagi Manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan Pesakit Luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan.

Hospital Benefit:
Memberi bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Disability Provider, Crisis Cover Income :
Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.

Crisis Shield:
Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan di saat-saat anda paling memerlukan.

Weekly Indemnity:
Memberi bantuan wang tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.

Contributor:
Membayar manfaat tahunan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.

Spouse atau Parent Contributor:
Sekiranya pasangan atau ibu bapa anda meninggal dunia, atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada masa hadapan. Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila anda meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

No comments:

Post a Comment