Jun 30, 2009

FiKiR SeJeNaK : Bil Rawatan tersedia bermula RM500,000

RAWAT JANTUNG TANPA BEDAH


Oleh Hafizah Iszahanid
Berita harian online : 30 Jun 2009








Contoh alat Amplatzer yang digunakan (gambar dalam bulatan).

IJN kendali prosedur baru guna besi yang disiarkan secara langsung ke Australia, hari ini, PEMBEDAHAN bukan lagi satu-satunya prosedur menangani masalah jantung kongenital. Hari ini tanpa pembedahan, masalah jantung kongenital seperti jantung berlubang boleh ditangani dengan menutupnya menggunakan alat yang dikenali sebagai 'Amplatzer device'. 'Amplatzer device' adalah adalah besi halus yang digunakan untuk menutup lubang pada jantung. Terdapat pelbagai saiz dengan paling kecil berukuran empat milimeter manakala paling besar adalah 40 milimeter. Ia sampai ke jantung menerusi teknik tiub (transcatheter technique) dan dimasukkan menerusi paha.

Ketua Jabatan Kardiologi Pediatrik, Institut Jantung Negara, Dr Mazeni Alwi, berkata teknik ini adalah antara prosedur rawatan jantung kongenital yang ditawarkan di IJN. Lebih mengagumkan, Dr Mazeni akan mengetuai pasukan perubatan IJN dalam tiga prosedur teknik tiub yang disiarkan secara langsung ke Australia, hari ini. Usaha itu (dua membabitkan pesakit jantung kongenital dan satu pesakit jantung dewasa) adalah sebahagian daripada program pengajaran dan pembelajaran Kongres Jantung Pediatrik dan Pembedahan Jantung Sedunia yang berlangsung di Australia bermula 19 hingga 21 Jun 2009.



Menerusi teknik tiub menggunakan amplatzer, doktor akan mengukur saiz lubang pada jantung sebelum prosedur dilakukan. Amplatzer diperbuat daripada aloi jenis nitinol, bahan yang sama digunakan bagi menghasilkan pacemaker (alat yang mengawal denyutan jantung tidak normal). Justeru tidak timbul persoalan penolakan oleh tubuh. "Kelebihan teknik ini adalah ia boleh dibuat tanpa pembedahan besar seperti sebelumnya. Malah prosedur ini hanya mengambil masa sekitar dua atau tiga jam," katanya. Jelas Dr Mazeni, kelebihan prosedur ini adalah tempoh pemulihan lebih cepat berbanding pembedahan terbuka. Malah dalam tempoh 48 jam, pesakit boleh kembali aktif seperti biasa. Antara tiga kes yang dikendalikan Dr Mazeni - dua daripadanya membabitkan pesakit pediatrik. Kes pertama, remaja berusia 15 tahun yang menghidap masalah jantung berlubang (tetralogy of fallot - TOF) manakala satu kes lagi membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun yang mengalami masalah saluran darah berlebihan di jantung (fistula).



Jelas Dr Mazeni, TOF adalah satu daripada 10 jenis masalah jantung kongenital yang biasa ditemui pada kanak-kanak. Umumnya, pembedahan sementara untuk pertama kali biasanya dibuat ketika pesakit masih kecil. Bagaimanapun, ada kalanya selepas pembedahan, lubang pada jantung tidak tertutup dengan sempurna. Keadaan itu tiada kaitan dengan kepakaran pasukan perubatan. Sebaliknya sifat penyakit itu sendiri yang menyebabkan lubang pada jantung sukar ditutup. Bagi kes pertama, pembedahan awal TOF yang dibuat pada 1999 tidak membantu. Lubang seluas lapan milimeter pada jantung masih wujud menyebabkan dia memerlukan pembedahan kedua. Dalam kes pertama ini, amplazter akan digunakan dan dimasukkan ke jantung dengan tiub (kateter).' Apabila ia tiba di kawasan yang perlu dibaiki, ia akan ditolak keluar dari kateter dan kembali kepada bentuk asal, seakan cendawan berkembar.

Amplazter dengan sifatnya yang fleksibel ia mudah menutup lubang pada jantung. Kes kedua membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun yang berhadapan dengan saluran darah tambahan di arteri koronari jantung (fistula koronari arteri). Bagaimanapun kanak-kanak ini tidak berdepan dengan simptom kegagalan jantung. Masalah itu dikesan secara tidak sengaja oleh doktor ketika rutin pemeriksaan kesihatan.


Kata Dr Mazeni, walaupun tanpa simptom, kegagalan jantung kanak-kanak ini boleh menyebabkannya mengalami komplikasi kesihatan apabila dewasa sekiranya masalah itu tidak ditangani. "Dia mungkin berhadapan dengan keadaan peningkatan jumlah darah ke paru-paru. Selain itu, dia mungkin mengalami masalah salur darah jantung tersumbat selain risiko jangkitan," katanya. Fistula koronari arteri masalah yang jarang berlaku, tetapi ia membabitkan koronari arteri dan ruang jantung atau sistem vena. Untuk kes kedua, teknik tiub juga digunakan sebagai prosedur rawatan.



Apa itu masalah jantung kongenital?
Masalah jantung kongenital adalah sejenis kerosakan atau kecacatan dalam satu atau lebih struktur salur darah yang terjadi sebelum kelahiran bayi. Ia mungkin membabitkan bahagian dinding dalam jantung, injap atau arteri dan vena sekali gus mengganggu aliran darah normal melalui jantung. Sebenarnya masalah jantung kongenital adalah perkara biasa yang ditemui di kalangan bayi baru lahir. Di Amerika contohnya, masalah ini dikesan di kalangan lapan atau 10 bayi daripada setiap 1,000 kelahiran.


Di Malaysia, dengan perkembangan kemudahan kesihatan yang semakin baik banyak kes masalah jantung kongenital dapat dikesan sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Masalah jantung kongenital tidak terhad kepada satu keadaan sebaliknya pelbagai. Ia mungkin masalah injap atau dinding dalam jantung. Malah, ada bayi yang mengalami dua atau tiga kecacatan struktur jantung serentak. Bergantung pada kerosakannya, kecacatan yang sedikit mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom. Manakala kecacatan yang kompleks dan serius boleh berhadapan pelbagai simptom yang mengancam nyawa. Bagi kebanyakan orang, punca masalah jantung kongenital tidak diketahui.



Bagaimanapun, faktor genetik kerap dikaitkan sebagai antara sebab utama walaupun peratusannya tidaklah dominan. Namun, risiko untuk memiliki anak dengan masalah jantung kongential adalah tinggi jika ibu bapa atau adik beradik memiliki masalah yang sama - risiko meningkat daripada lapan dalam setiap 1,000 orang kepada 16 dalam 1,000 orang. Namun, punca sebenar mengapa ia terjadi tidak diketahui secara tepat. Faktor yang boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah jantung kongenital.

Masalah genetik atau kromosom misalnya di kalangan kanak-kanak sindrom down
Pengambilan sesetengah ubat atau alkohol atau penggunaan dadah ketika hamil
Jangkitan kuman ketika hamil seperti rubela pada awal kehamilan.Jenis masalah jantung kongenital secara umum



Kecacatan pada injap jantung - penyempitan atau stenosis pada injap atau injap tertutup yang menghalang aliran darah. Kecacatan injap yang lain termasuk injap bocor.
Kecacatan pada dinding antara atria dan ventrikles jantung (atrial and ventricular septal defects). Ia menyebabkan darah beroksigen dan tidak beroksigen bercampur antara jantung sebelah kanan dan kiri. Otot jantung tidak normal yang menyebabkan kegagalan jantung


Mengenali simptom jantung kongenital
Antara yang mungkin;


Bernafas dengan cepat
Lebam pada kulit, bibir dan kuku
Keletihan walaupun selepas menyusu
Aliran darah dalam badan tidak sempurna - ia menghasilkan bunyi yang dikenali sebagai 'heart murmur' namun bukan semua heart murmur itu tanda masalah jantung jantung.


Jun 9, 2009

PeLuAnG KeRjaYa??

Glitter Words


Tercari-cari peluang untuk tambah pendapatan keluarga? Di sinilah tempatnya..


Kami memerlukan ANDA untuk mengisi jawatan sebagaiPerunding Insurans dan Takaful (Sepenuh Masa/Sambilan)

INSENTIF DAN FAEDAH
+ Elaun sehingga RM3,000 sebulan (untuk sepenuh masa sahaja)
+ Komisen dan bonus tahunan yang lumayan
+ Peluang kenaikan pangkat dan pendapatan tanpa had
+ Insentif melancong ke luar negara
+ Latihan percuma (latihan selepas waktu bekerjadan hujung minggu)

SYARAT KELAYAKAN
+ Berumur 23 tahun dan ke atas
+ Pendidikan minima SPM dengan 5 kepujian
+ Pengalaman tidak diperlukan
+ Mempunyai semangat dan jati diri yang kuat
+ Komited, rajin, jujur dan amanah


BERMINAT?
ayumie mengalukan tuan/puan menghubungi ayumie menggunakan sumber di bawah :
Tel : 012-3945501/013-2810870
ym id : ayu_me79
emel :
rahayu@prupartner.com.my / ayu_me79@yahoo.com
blog :
http://prudential-rahayume.blogspot.com

tq yo!

LTH Agensi

Glitter Words




LTH Associates Sdn Bhd (LTH ASB) has grown leaps and bound since its inception. If we were to choose one word to describe the growth of LTH ASB, that word would be PHENOMENAL. A tremendous amount of effort has been directed toward the growth of LTH ASB.

The great man behind the growth of LTH ASB is none other than Tuan Haji Firdaus Lau. He has lead the team towards a greater heights through his visionary leadership. His commitment & discipline has been the inspiration and motivation to all Wealth Planners. And with his big vision, he will lead the team even higher up on the ladder of success.

The humble beginning of the agency started in 1998 when Tuan Haji Firdaus Lau was promoted to the Unit Manager position by Prudential. The agency was located on a 3-storey shoplot office in Taman Sea, Petaling Jaya. The one year business volume of the agency then was only 160,000 (API). Nobody noticed the existent of the agency then. And it was a lonely place to be. But one philosophy that Tuan Haji Firdaus Lau carried very close to his heart has been his inspiration and motivation during that difficult and lonely period. And that philosophy is “Janganlah kita menjadi seperti melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak mengurang.”

Subsequently in 1999, the business volume increased to 280,000 (API) and in 2000 to 641,000 (API). The first 3 years was basically a one man show by Tuan Haji Firdaus Lau. He basically runs the agency from A to Z by himself. However, in the year 2000, he began developing his key people to take up some of the managerial roles.

And by 2003, Tuan Haji Firdaus Lau introduced a more concrete structure to the agency by establishing the Leadership Management Team (LMT). Under Tuan Haji Firdaus Lau visionary leadership and the assistance of the LMT team, the agency started creating history in Prudential the history. In 2001, the agency becomes the top unit in Prudential with a business volume of 2.1 millions (API). And for that achievement, Tuan Haji Firdaus Lau was awarded as the TOP UNIT MANAGER in 2001. It was follow up with other achievements - 2.8 millions (API) in 2002, 3.4 millions (API) in 2003, 4.6 millions (API) in 2004, 6.4 millions (API) in 2005, 13.0 millions (API) in 2006, 21.5 millions (API + ACI) in 2007 and 35.8 millions (API + ACI) in 2008.
to cater for the future growth and the expansion of the agency, in 2003 Tuan Haji Firdaus Lau had relocated the agency operations to a 17-storey corporate office in Damansara Intan, Petaling Jaya. Due to a rapid expansion, once again on 2009, Tuan Haji Firdaus Lau moved the agency operations to a new signature office in Jaya 33, Petaling Jaya.

Tuan Haji Firdaus Lau’s vision, leadership, and philosophy have carried the team in a spectacular journey. A journey of a thousand miles begins with a single step. The agency journey is still a thousand miles away. The best is yet to come. And the adventure continues….
What about your adventure?

Would you like to be in LTH Associates Sdn Bhd?

mai calling2 ayumie
012-3945501 / 013-2810870
ym : ayu_me79
blog : http://prudential-rahayume.blogspot.com

Jun 3, 2009

TerKiNi & SeNsaSi

Glitter Words


Berita Terkini & Sensasi :)

Bermula Jun 2009, nilai Kad Perubatan Prudential BSN Takaful telah dinaikkan daripada RM150,000 kepada RM500,000. Memang Marbeles!

Mai rembat & nikmati manfaat yang bakal tuan/puan sekeluarga perolehi..

"Pilihan Terbaik dalam genggaman, mengapa mesti skodeng yang lain?" hikss..

Hubungi ayumie 012-3945501/013-2810870
ym : ayu_me79
emel : rahayu@prupartner.com.my / ayu_me79@yahoo.com

blog : http://prudential-rahayume.blogspot.com