Dec 16, 2009

Berminat?? Mohon Quotation

Glitter Words


PERMOHONAN QUOTATION

Quatation ni kita adakan utk rujukan benefit pelanggan dengan bajet yg diiginkan..
antara maklumat yg ayumie perlukan :

1) nama penuh :
2) ic :
3) Pekerjaan :
4) Merokok tak? :
5) anggaran bajet :
6) emel :
7) no tel :


pehtu ayu alukan antar ke ym : ayu_me79 atau emelkan ke rahayu@prupartner.com.my / ayu_me79@yahoo.com, nak sms/calling ke talian 013-2810870 lagi dialukan..

Terima kasih atas pertanyaan & penyertaan tuan/puan dlm plan hebat ini bersama ayumie amat2 dihargai. :)

TakafulLink

Glitter Words

KONSEP TAKAFUL

Takaful ialah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama & saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap perserta menyumbang berasaskan Tabarru' (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa diperlukan.


DAPATKAN FLEKSIBILITI UNTUK MENGURUSKAN KEPERLUAN ANDA YANG SENTIASA BERUBAH!

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Jesteru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.

Pelan Takafulink Prudential BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Ia dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hidup anda sepenuhnya. Dengan mematuhi nilai-nilai yang menjadi pegangan anda, ia juga membolehkan anda mengawal gaya hidup anda.


BAGAIMANA PELAN TAKAFULINK BERTINDAK UNTUK SAYA?

Untuk Perlindungan Anda
Kami akan membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai untuk anda dengan menjelaskan semua elemen Pelan Takafulink kepada anda.


Manfaat Asas
Kematian : Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta (PUA)* dan Akaun Khas Individu (ISA)** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.

*PUA = akaun unit-unit yang diperuntukkan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar.
**ISA = akaun sumbangan manfaat tambahan yang dibayar.


Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK)
Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai ISA akan kekal dalam akaun anda.



Glitter Words

Accidental Death and Disablement, Accidental Medical Reimbursement:
Memberi manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anda

Medical Cover:
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukan Hospital, bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.

Major Medical Cover:
Memberikan perlindungan perubatan bagi Manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan Pesakit Luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan.

Hospital Benefit:
Memberi bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Disability Provider, Crisis Cover Income :
Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.

Crisis Shield:
Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan di saat-saat anda paling memerlukan.

Weekly Indemnity:
Memberi bantuan wang tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.

Contributor:
Membayar manfaat tahunan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.

Spouse atau Parent Contributor:
Sekiranya pasangan atau ibu bapa anda meninggal dunia, atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada masa hadapan. Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila anda meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

Takaful Cerdik (Pendidikan)


Hadiah paling berharga untuk anak anda :-
Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, tetapi ia juga amat fleksible untuk memenuhi keperluan anda dan anak anada yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.Kini anda boleh memberi dua hadiah paling berharga buat anak anda - PENDIDIKAN dan PERLINDUNGAN.Senarai manfaat dan penerangan...
1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan. Umur pada tarikh akan datang1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)2 Tahun : 49% 3 Tahun : 60%4 Tahun : 80%5 Tahun dan ke atas : 100%Sebab kematian terdiri kematian biasa
2- 36 Jenis Penyakit Kritikal (senarai penyakit kritikal)
- Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).- Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)
- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. - Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).- Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)- Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula. - Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.
4- Kad Perubatan (Major Medical Card-MMC)
- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.
5- Elaun Hospital
- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. - Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.- Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.
6- Elaun ICU
- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.
7- Elaun Bedah
- Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.
8- Elaun Lumpuh
- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)
9- Khairat Kematian
- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut
10- Premium Percuma
Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranyaAnak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikalPembayar meninggal duniaPembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.
11- Pulangan Pelaburan
- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. - Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
12- Takaful Saver
- Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda

Takaful Puteri

MANFAAT TAKAFUL PUTERI




Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

[ RM50,000, RM100,000 atau RM150,000 ]



Pelan Takaful Puteri menawarkan :


Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.

Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)


MANFAAT PENJAGAAN WANITA


a) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Kanser berkaitan wanita
Kanser payudara atau
Kanser Uterus Serviks atau
Kanser Tiub Falapio atau
Kanser Ovari atau
Kanser Uterus atau
Kanser Vagina/Vulva
atau
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis


30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.


b) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis


MANFAAT PENJAGAAN IBU

a) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar


Komplikasi Kehamilan

Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
Kehamilan Ektopik atau
Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

b) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi

Sindrom Down atau
Kecacatan Vetrikel Septum atau
Kecacatan Atrium Septum atau
Spina Bifida atau

Lelangit Rekah
Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota :


Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan