May 29, 2009

Cara Bayaran?? Mai Pilih..

Glitter Words


Mai pilih cara bayaran yang tuan/puan kehendaki..

1) Biro Angkasa (tolak payslip)
2) Auto Debit (tolak akaun)
3) Kad Kredit
4) Maybank2u.com (tranf guna no polisi)
5) Cek ( bayaran atas nama "PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD")
6) Tunai (resit rasmi bayaran akan di pos / by hand)

Terpulang kepada tuan/puan sekalian membuat pilihan untuk memilih cara bayaran premium bulanan PruBSN Takaful tuan/puan..pilihan terbaik & paling mudah tersedia..
Bayaran Cepat & Tepat, urusan pun pantas n mudah.. :)


leh calling2 / sms / ym / emel di:

~ayumie~
012-3945501 / 013-2810870
ym : ayu_me79
emel : rahayu@prupartner.com.my / ayu_me79@yahoo.com
blog : http://prudential-rahayume.blogspot.com

Terima Kasih sumer.. :)

"Saver" - Lebih Nilai Tunai

Glitter Words




Dapatkan Lebih Nilai Tunai dengan "Takaful Saver"

Untuk mendapatkan lebih nilai tunai didalam akaun takafulink anda, anda boleh menyertakan Manfaat Takaful Saver didalam takafulink prubsn anda...

Apabila anda menyertakan Takaful Saver didalam takafulink prubsn anda, maka anda telah mempunyai akaun khas pelaburan dimana caruman bulanan untuk Takaful Saver akan digunakan sepenuhnya untuk membuat pelaburan.

Oleh itu, takafulink PruBSN anda mempunyai 3 dalam 1 iaitu perlindungan,simpanan dan pelaburan...

Caruman bulanan untuk Takaful Saver minimum adalah sebanyak RM10 dan maksimum sebanyak RM3000...

Sertailah sekarang untuk mendapatkan perlindungan yang terbaik, simpanan yang dijamin selamat dan pelaburan yang membawa lebih pulangan kepada anda...

Kerana anda berhak keatas diri & pilihan terbaik di tangan anda.. :)

Contoh jika anda berumur 25 dan ada mencarum RM100 sebulan dan kadar faedah 9% setahun anda akan dapati simpanan anda adalah berjumlah RM 21,226.00 (cash value dlm tempoh 30 tahun),

sebaliknya jika anda menambah sebanyak RM50 sebulan dalam Takaful Saver,
nilainya akan berubah menjadi RM 74,467.00 (tempoh 30 tahun).
Memang banyak bezanya...fikir fikirkan la untuk masa depan anda & keluarga ke arah lebih gemilang. :)

Kepada Yang Berminat Untuk Mengetahui Lebih Lanjut & mengatur temujanji...Boleh menghubungi saya menggunakan mana2 sumber berikut.. den available sokmo! :)


~ayumie~
012-3945501 / 013-2810870
YM : ayu_me79

emel : rahayu@prupartner.com.my / ayu_me79@yahoo.com
blog : http://prudential-rahayume.blogspot.com

tq yo!

May 23, 2009

Sudah Bersediakah Anda?

Glitter Words


Kenapa setiap individu memerlukan perlindungan takaful?
Hari ini takaful merupakan satu keperluan bagi setiap individu, baik bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa. Penyakit, kemalangan dan kematian datang tidak di undang. Ia boleh datang bila-bila masa, sama ada ketika kita bersedia atau pun tidak.Bagi mereka yang telah bersedia, Alhamdulillah…setidak-tidaknya kurang lah sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung.
Bagi yang belum bersedia…fikir-fikirkanlah ..


Semoga kita semua diselamatkan dari perkara yang tidak diundang ini. Persediaan Awal.
Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

~ Sihat sebelum sakit
~ Muda sebelum tua
~ Kaya sebelum miskin
~ Lapang sebelum sempit
~ Hidup sebelum mati


Pentingnya memiliki takaful adalah sebagai persediaan awal sebelum sesuatu perkara yang tidak dirancang berlaku ke atas diri kita..

~ Kematian
~ Kemalangan
~ Hilang Upaya
~ Penyakit


Adakah kita telah membuat persediaan awal ?
Kenapa perlu tunggu ia datang tanpa diundang baru terfikir akan kepentingannya. Apabila ia telah datang walaupun tidak diundang, kemungkinan kesan-kesannya:-

Hilang punca pendapatan- akibat hilang upaya dan tidak dapat bekerja.
Terpaksa menggunakan wang simpanan atau membuat pinjaman peribadi untuk membiaya kos rawatan


Bebanan hutang yang tidak dapat dilangsaikan.
Ahli keluarga terpaksa menanggung akibat hilang punca pendapatan.

Takaful sebagai cara untuk meminimakan risiko.
– Sesuatu yang tidak dirancang dapat diuruskan atau dikurangkan risikonya:-


Pembiayaan kos rawatan dan bil hospital melalui Kad Perubatan (Medical Card)
Sumber pendapatan kepada ahli keluarga, sekurang-kurangnya untuk menampung kehidupan 3 hingga 5 tahun melalui pampasan-pampasan dan nilai simpanan yang diperolehi.

Pampasan dan nilai pelaburan yang diperolehi sekurang-kurangnya dapat membantu ahli keluarga melangsaikan hutang apabila peserta telah ‘tiada’.

Melalui manafaat sumbangan percuma oleh Prudential BSN Takaful, jaminan Tabung Pendidikan anak-anak dapat diteruskan jika ibu/bapa penjaga telah ‘tiada’ atau mengalami hilang upaya atau penyakit kritikal

Tabung Pendidikan dan Persaraan.
Kajian menunjukkan 70% pesara menghabiskan wang simpanan KWSP selepas 3 tahun bersara.
Simpanan di Takafulink (seolah-olah EPF ke-2) sekurang-kurangnya dapat membantu menambah wang persaraan anda.


“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tingalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
– Hadis riwayat Al-Bukhari

Meh calling2/sms/emel :

~ayumie~
012-3945501 / 013-2810870
ym : ayu_me79
emel :
rahayu@prupartner.com.my / ayu_me79@yahoo.com
blog : http://prudential-rahayume.blogspot.com/